1. ULASAN
KITAB SULALATUS SALATIN
Sulalatus
Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasil kepengarangan
Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayu melaka yang
dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India, sebenarnya
merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telah dikarang
oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antara tahun
1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada
tahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan
dengan jurai keturunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah
pembukaan Melaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2
bahagian, iaitu sebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas
pembukaan kota Melaka [ mengandungi 11 bab ].
Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak
versi. Karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika di dalamnya,
iaitu tujuh falsafah. Antaranya ialah ketaatan kepada pemerintah, keadilan,
waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dan kekuasaan. Dalam karya ini,
falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yang disebut dalam karya
ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja, Hang
Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorang yang taat apabila
membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuah pula terlalu
taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan setelah
difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpun beliau
tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur
dan tidak memprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila
bola sepak raganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah.
Berpegang kepada prinsip “adat Melayu
tidak pernah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkara tersebut
meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan
ini, konsep ketaatan yang diamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung-agungkan
sultan biarpun tindakan sultan tersebut adalah salah dan melampau. Misalnya, keengganan
Bendahara Seri Maharaja mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telah menunjukkan
ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluang untuk
membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliau ketika
itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliau melarang
para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkan beliau
sebagai seorang yang taat kepada sultan.
Falsafah
kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosialdi antara
Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagai bencana
akan menimpa seperti menghidapi penyakit kedal. Oleh itu, wujudnya perkara tulah
dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di
antara golongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang
bertimbal balik. Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja
juga tidak boleh menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat
kepada raja. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja dan
sekiranya tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana.
Falsafah
ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah
wujudkan undang-undang untuk mengelakkan menteri melakukan kesilapan. Ganjaran
kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyak yang ditonjolkan
mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga dengan beraninya
ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanya amenceritakan
kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyat dan
pembesar-pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkan ketidakadilan
raja.
Falsafah
keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafah adat. Adat
merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun – temurun. Adat perlu dipatuhi.
Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongan diraja
dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranya diubahsuai
supaya sesuai dengan peredaran masa.
Falsafah
kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalu banyak
menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Raja berkuasa
menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidak mahu
dihukum. Kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindas golongan
rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggup berbuat
apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasa sehingga
bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengapa rakyat
begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa.
Falsafah
keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian. Keberanian raja
merujuk kepada keberaniannya menjajah dan mentakluk negeri lain untuk meluaskan
pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikap keberanian
yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti Badang. Kitab ini banyak menonjolkan
ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai seseorang yang sangat
hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkan kehebatan
orang Melayu pada waktu tersebut.
Falsafah
ketujuh yang ditonjolkan ialah nilai dan etika. Etika dan nilai yang digarap
dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain itu, kitab ini juga menggariskan tugas-tugas
raja dan pembesar dan peranan-peranan rakyat. Raja juga sebagai bayangan tuhan
atau payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perlu ditumpahkan kepada
raja sepenuhnya. Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya
agung ini bersifat sejagat dan menyeluruh. Namun, terdapat unsur-unsur mitos
yang seakan-akan tidak masuk akal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang
ditonjolkan oleh raja secara melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan
betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga
ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah “adat Melayu tidak menderhaka’ begitu
terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.
2. ULASAN
HIKAYAT ABDULLAH
Hikayat
Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup Munsyi Abdullah
atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungi segala
hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masa pemerintahan
Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayat ini
merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa-peristiwa
yang berlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang
hidup pada zaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah
pembukaan Singapura dan pembangunannya pada awal abad ke -19.
Dalam
hikayat ini, Munsyi Abdullah telah mengkritik gaya hidup dan kepercayaan
masyarakat yang berbilang kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada
empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani, dan Melayu. Masyarakat pada zaman
tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyul terutamanya masyarakat Melayu
yang begitu mempercayai penanggal dan polong. Perkara ini diceritakan dengan
teliti tentang asal-usul makhluk-makhluk ini serta cara untuk membunuhnya.
Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakan kebencian beliau
terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat
ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullah telah telah
membawa pembaca bertemu dengan tokoh-tokoh sejarah seperti Farquhar, Lord Minto
dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikut pandangan
Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh-tokoh ini digambarkan
sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah.
Penceritaan
hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigih menuntut ilmu.
Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab-India yang berjaya menguasai bahasa
Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina. Penguasaan beberapa bahasa
ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari bahasa.Munsyi Abdullah
juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajari bahasa Melayu.
Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagai kritikan
sosial dalam hikayatnya. Terdapat beberapa falsafah yang terkandung dalam
Hikayat Abdullah.
Falsafah
ketuhanan adalah mengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang
membelakangkan kuasa Allah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistik dan
tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan
orang Melayu yang tidak mempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa
bumi ini bulat. Beliau juga mengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa
gerhana bulan disebabkan bulan dimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah
menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu itu secara rasional dan berpegang
kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi Abdullah
amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya.
Falsafah
kedua ialah falsafah keadilan. Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah
berkaitan dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang
sedia membantu golongan bawahan yang kesusahan. Beliau menyeru dan menuntut
kesamarataan dalam gagasannya yang terkandung dalam karya.
Falsafah
ketiga yang dikemukakan ialah falsafah kebenaran. Munsyi Abdullah menyatakan
perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yangdiceritakan merupakan perkara yang
betul-betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari ini seperti kepercayaan
tahyul oleh masyarakat Melayu.
Falsafah keempat ialah falsafah keindahan. Keindahan
yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakan dalam
hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita
seperti karya-karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan
pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau
bersifat realiti dan tidakdiselitkan dengan cerita-cerita dongeng seperti karya-karya
lain yang ditulis dalam zamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan
untuk menyampai kan sesuatu pemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata
baharu dan penggunaan teknik dialog dalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa
hikayat ini sebagai permulaan karya Melayu moden yang boleh diibaratkan
seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepas kelahiran hikayat ini.
Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi oleh masa.
Falsafah
seterusnya ialah falsafah etika yang terkandung dalam hikayat ini. Undang-undang
Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles. Falsafah etika ini
dikaitkan dengan penceritaan kisah Tuan Bangoor yang begitu mementingkan nilai
kebersihan. Adat menggunakan keris juga dikatakan sebagai falsafah.
Falsafah
pemikiran juga ditonjolkan dalam Hikayat Hang Tuah. Pemikiran Munsyi Abdullah
yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagai tokoh
yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu. Selain
itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan
terpegun dengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.
3. ULASAN HIKAYAT HANG TUAH
Ungkapan "takkan Melayu hilang di dunia" cukup tersohor kerana dikatakan pernah diungkapkan oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka suatu zaman dahulu. Hikayat Hang Tuah sememangnya sebuah hikayat yang agung kerana dalam karya ini banyak memaparkan kisah-kisah keberanian dan kebijaksanaan orang Melayu.
4. ULASAN
PANTUN MELAYU
Pantun Dagang
Pantun
ini berkenaan dengan penceritaan seseorang atau kisah hidup seorang
pedagangyang merantau ke tempat lain. Pantun jenis ini kebiasaannya
menceritakan adat berdagang, nasihat ketika berdagang serta memberi ingatan
kepada pedagang.
Contoh
:
Kelam
kabus di pinggir tasik;
Orang
menjala ikan haruan;
Suara
halus bagai berbisik;
Pulang
segera dari rantauan.
Gulai
patin dibawa pulang;
Hidang
bersama sambal kelapa;
Tuan
bermukim tempat tualang;
Lembah
yang lama sudah dilupa.
Jauh
berlejang orang memburu;
Bukit
Berapit belukar redang;
Anak
dagang hendaklah tahu;
Adat
tertib di rantau orang.
Genting
Sempah tempat bernama;
Ketika
senja sejuk di bukit;
Kalaulah
sudah bermukim lama;
Tentu
dah lupa hala nak bali.
Rasuk
di lantai di bumbung alang;
Barulah
boleh dibina rangka;
Kalaulah
sampai jadi tualang;
Jangan
terlebih tutur dan kata.
Orang
Pendang pergi ke Gurun;
Cari
sanglang benih petola;
Bila
petang matahari dah turun;
Camar
terbang pulang ke kuala.
Maksud Pantun
Enam
buah pantun di atas merupakan sebahagian daripada contoh pantun dagang yang terdapat
dalam buku pantun yang dikaji. Pantun yang pertama membawa maksud ada suara
halus atau suara hati yang menyeru pedagang supaya lekas pulang dari berdagang di
rantauan. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan si pedagang sudah terlalu lama
berjauhan dengan desa dan orang yang tersayang. Pantun kedua pula bermaksud pedagang
diingatkan supaya tidak pernah melupai tempat asalnya jika sudah merantau sekian
lama. Pantun ketiga pula pedagang dinasihatkan supaya menjaga dan mengikuti adat
tertib ketika berada di tempat orang. Perkara ini bagi menjamin keselamatan dan
keharmonian pedagan ketika berada di perantauan. Pantun keempat bermaksud
kegusaran pencipta pantun berikuti tempoh yang lama diambil oleh pedagang mampu
membuatkannya lupa akan kampung halaman. Pantun ini boleh juga dianggap sebagai
sindiran kepada pedagang supaya sentiasa mengingati tempat asalnya. Pantun
kelima membawa saranan atau nasihat kepada pedagang supaya menjaga adab sopan
dan tutur kata ketika berada di tempat orang. Pantun keenam pula membawa
maksud, apabila sesuatu itu sudah sampai masanya, maka para pedagang akanpulang
ke tempat asalnya.
Ciri-ciri yang terdapat dalam
pantun
1. Pembayang dengan maksud
Keenam-enam
pantun ini mempunyai pembayang dan maksud. Ciri pantun yang baik ialah pembayangnya
menggunakan unsur-unsur alam dan pantun-pantun ini menepati ciri pantun yang
baik.
Contoh
:
Kelam
kabus di pinggir tasik;
Orang
Pendang pergi ke Gurun;
Orang
menjala ikan haruan;
Cari
sanglang benih petola.
2. Eufoni
Eufoni
merupakan kombinasi bunyi yang indah dan sedap didengar. Oleh itu, kata-kata yang
dipilih mestilah kata-kata yang lembut, bersajak, berirama dan mengalun.
Contoh
:
Tasik-berbisik,
haruan-rantauan, pulang-tualang, gurun-turun, petola-kuala, alang-tualang,
bernama-lama.
3. Kolokasi
Kolokasi
membawa maksud pertautan makna atau perkara. Kolokasi dilihat pada bahagian
pembayang pantun. Ciri pantun yang baik ialah mempunyai kolokasi.
Contoh:
Kelam
kabus di pinggir tasik;
Orang
menjala ikan haruan;
Jauh
berlejang orang memburu;
Bukit
Berapit belukar redang.
Orang
Pendang pergi ke Gurun;
Cari
sanglang benih petola;
Gulai
patin dibawa pulang;
Hidang
bersama sambal kelapa.
4. Nilai rasa
Sesebuah
pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama,
moral,alunan kata dan lain-lain perkara. Selain mempunyai nilai rasa yang baik
dari segi bahasa, pantun juga mesti mempunyai nilai rasa dari segi mendidik dan
memberi nasihat.
Contoh
:
Jauh
berlejang orang memburu;
Bukit
Berapit belukar redang;
Anak
dagang hendaklah tahu;
Adat
tertib di rantau orang.
Pantun merupakan pantun yang mempunyai
ciri yang indah dan mempunyai nilai rasayang baik. Pantun di atas ini merupakan
pantun yang baik kerana setiap baris mempunyai empat perkataan. Keduanya,
alunan kata-katanya mempunyai irama dan bunyi naik turun yang indah susunannya.
Selain itu, hujung setiap baris berentak dan bersajak dengan indah, iaitu
memburu digandingkan dengan tahu dan redang digadingkan dengan orang. Bilangan
suku katanya pula di antara 8-10 suku kata. Pantun ini juga mempunyai nilai rasa
yang baik apabila mempunyai unsur nasihat.
Kenapa dianggap karya agung
Pantun
ini dianggap sebagai karya agung kerana mampu memberi kesan kepada penggunanya.
Misalnya, dalam pantun dagang ini, telah diselitkan unsur-unsur nasihat dan
pesanan kepada para pedagang supaya bijak membawa diri di tempat orang dan sebagainya.
Selain itu, pantun juga mengutarakan pemikiran masyarakat terhadap sesuatu perkara.
Dalam pantun berdagang, pemikiran manusia terhadap peristiwa atau perkara yang berkaitan
dengan aktiviti berdagang itu diungkapkan melalui pantun. Oleh itu, pantun
berdagang ini diangkat sebagai karya agung kerana dapat menjadikan diri kita lebih
baik daripada sebelumnya melalui unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang terkandung
di dalamnya.
Kelemahan Pantun
Pantun
dagang ini boleh dianggap sempurna dari segi binaannya, namun terdapat sedikit
kekurangan. Kekurangan yang dapat dikesan ialah, dari segi penggunaan bukan
unsur alam di dalam pembayang pantun. Pantun yang cantik susunan dan binaannya
merupakan pantun yang menggunakan unsur-unsur alam dalam pembayangnya dan
saling berkolokasi antara satu sama lain. Selain itu, ciri pantun yang terbaik
adalah rimanya sama bukan pada bahagian hujungnya sahaja, malah rima
ditengahnya juga perlu sama.
Contoh
:
Rasuk
di lantai di bumbung alang;
Barulah
boleh dibina rangka;
Kalaulah
sampai jadi tualang;
Jangan
terlebih tutur dan kata.
Pantun Budi
Budi
mempunyai beberapa erti, iaitu akal, kebijaksanaan, sifat baik, perbuatan baik,
kebajikan, bicara dan daya upaya. Budi juga digabungkan dengan perkataan lain
yang membawa makna tertentu seperti budi pekerti yang bermakna perangai,
akhlak, tingkahlaku, kelakuan, dan watak; budi bahasa yang beerti tingkah laku.
Dalam pantun-pantun Melayu, terdapat untaian pantun yang mengandungi kata budi
bagi menggambarkan perkara-perkara seperti yang dimaksudkan dalam makna kata
budi itu sendiri. Oleh itu, pemilihan kata sangat ditekankan bagi menggambarkan
penegrtian yang tepat yang didukung oleh kata-kata yang dipilih.
Contoh
:
a) Pondok
buruk di dusun;
Daik
Tempat singgahan mengait kandis;
Rupanya
elok perangainya baik;
Jadi
idaman setiap gadis.
b) Puaslah
hamba mecari bendi;
Tuan
yang mahu umbut kelapa;
Puaslah
hamba menabur budi;
Purnama
berlalu tuan dah lupa.
c) Sungguh
semak di pinggir hutan;
Petani
kampung menebas huma;
Sungguh
banyak budimu tuan;
Tidak
tertanggung selama – lama.
d) Tepi
permatang mengalir alur;
Di
hujung sana sungai yang dalam;
Selamat
datang tangan dihulur;
Kita
bersama salam bersalam.
e) Terbang
dua burung kenari;
Anak
kedidi di rumpun padi;
Seringgit
dua boleh dicari;
Hutang
budi dibalas budi.
f) Jauhnya
jarak Pekan Penanti;
Petang
larut ke hujung desa;
Indahnya
akhlak kerana hati;
Indahnya
hidup berbudi bahasa
Maksud pantun
Pantun
budi yang pertama membawa maksud jejaka yang mempunyai perangai yang baik menjadi
idaman para gadis. Pantun kedua pula bermaksud seseorang yang terkilan
keranabudinya tidak dikenang oleh orang lain. Pantun ketiga pula bererti budi
yang sudah ditaburkan tidak terbalas. Pantun yang keempat pula bermaksud
“salam” dapat menggambarkan sikap berbudi bahasa. Pantun kelima bermaksud budi
tidak boleh dibalas dengan wang. Budi hanya boleh dibalas dengan budi. Pantun
yang terakhir bermaksud hidup seseorang itu lebih indah dengan adanya sikap
budi bahasa.
Ciri – Ciri Yang Terdapat Dalam
Pantun
1. Pembayang dengan maksud
Keenam – enam pantun ini mempunyai
pembayang dan maksud. Ciri pantun yang baik ialah pembayangnya menggunakan
unsur – unsur alam dan pantun – pantun ini menepati ciri pantun yang baik.
Contoh
: Pembayang
- Puaslah
hamba mencari bendi;Tuan yang mahu umbut
kelapa;
- Tepi permatang mengalir
alur;Di hujung sana sungai yang dalam.
Contoh : Maksud
- Terbang dua burung
kenari;
- Anak kedidi di rumpun
padi;
- Seringgit dua boleh
dicari;
- Hutang budi dibalas budi.
2. Eufoni
Eufoni
merupakan kombinasi bunyi yang indah dan sedap didengar. Oleh itu, kata-kata
yang dipilih mestilah kata-kata yang lembut, bersajak, berirama dan mengalun.
Contoh
;
Hutan-tuan,
huma-lama, alur-dihulur, dalam-bersalam, kenari-dicari, padi-budi, penanti-hati,
desa- bahasa.
3. Kolokasi
Kolokasi
membawa maksud pertautan makna atau perkara. Kolokasi dilihat pada bahagian
pembayang pantun. Ciri pantun yang baik ialah mempunyai kolokasi.
Contoh
:
Tepi
permatang mengalir alur;
Di
hujung sana sungai yang dalam;
Puaslah
hamba mecari bendi;
Tuan
yang mahu umbut kelapa.
4. Nilai rasa
Sesebuah
pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama, moral, alunan
kata dan lain-lain perkara. Selain mempunyai nilai rasa yang baik dari segi bahasa,
pantun juga mesti mempunyai nilai rasa dari segi mendidik dan memberi nasihat.
Contoh
:
Terbang
dua burung kenari;
Anak
kedidi di rumpun padi;
Seringgit
dua boleh dicari;
Hutang
budi dibalas budi.
Jauhnya
jarak Pekan Penanti;
Petang
larut ke hujung desa;
Indahnya
akhlak kerana hati;
Indahnya
hidup berbudi bahasa.
Kedua-dua
pantun merupakan pantun yang mempunyai ciri yang indah dan mempunyai nilai rasa
yang baik. Pantun di atas ini merupakan pantun yang baik kerana setiap baris
mempunyai empat perkataan. Keduanya, alunan kata-katanya mempunyai irama dan
bunyi naik turun yang indah susunannya. Selain itu, hujung setiap baris berentak
dan bersajak dengan indah, iaitu kenari digandingkan dengan dicari dan padi digadingkan
dengan budi, penanti-hati, dan desa-bahasa. Bilangan suku katanya pula di
antara 8-10 suku kata. Pantun ini juga mempunyai nilai rasa yang baik apabila mempunyai
unsur nasihat..
Kenapa diangkat sebagai Karya Agung
Falsafah
budi diungkap dalam pantun secara halus memberi nasihat, teguran dan panduan kepada
masyarakat. Budi ialah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa. Tanpa orientasi
nilai, atau bebas-nilai, keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh. Melalui
hidup berbudi, manusia dapat mengenal pasti keyakinan diri berasaskan
pengukuran rasa kalbu dan hati. Sekiranya manusia tidak berbudi, maka runtuhlah
jati diri bangsa itu. Budi bahasa yang baik yang baik mencerminkan betapa
tingginya martabat dan darjat seseorang. Masyarakat akan memandang tinggi
terhadap seseorang yang berbudi. Oleh itu,masyarakat akan turut sama berbudi.
Pengaruh falsafah dalam pantun menyebabkan pantun dapat menanam nilai-nilai
yang baik dalam diri seseorang pembaca. Secara falsafahnya, pantun juga kaya
dengan variasi yang penuh berisi, beragam gaya pengucapan, mantap dari makna
dan nilai serta meluas daya gunanya. Justeru, inilah sebabnya mengapa ia diangkat
sebagai karya agung.
Rujukan: