Konsep Nilai
Nilai dan etika masyarakat Melayu dikatakan sangat mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan agama Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara.
3. Ilmu Jampi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keeempat (2010:1081), perkataan nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai (value) boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kualiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Nilai juga diistilahkan sebagai 'al-qimah' dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai. Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau yang buruk dan betul atau salah. Oleh itu, nilai bukan sahaja merupakan satu standard bagi sesuatu barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia.
Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat. Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat Melayu cukup mementingkan aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan nilai yang disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan yang murni. Nilai dalam masyarakat Melayu dapat dipupuk melalui dua pembahagian cara, iaitu formal (melalui pendidikan formal di institusi pendidikan) dan tidak formal (melalui persekitaran seperti keluarga, rakan dan masyarakat).
Nilai dan etika masyarakat Melayu dikatakan sangat mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan agama Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara.
Konsep Ilmu dan Maklumat
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan
lain-lain. Ilmu merupakan hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan
usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat.
Maklumat yang disebarkan mengandung pelbagai fungsi. Antara fungsi sesuatu ilmu
itu disebarkan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengembangkan lagi
perkara yang mengandung pelbagai kemusykilan dan lain-lain (Seri Lanang Jaya
Hj. Rohani et.al, 2013: 125).
Jenis-jenis Ilmu dalam Karya Agung
Terdapat
beberapa jenis ilmu yang dapat dilihat dalam karya agung Melayu, iaitu:
1. Ilmu Firasat
Menurut
Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa
firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain)
untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu
berkaitan dengan ilmu firasat.menurut Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai
ilmu itu dapat merasa, melihat atau mengetahui terlebih dahulu segala sesuatu
yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui
kelemahan atau kekuatan orang lain, antaranya berdasarkan nama, haru atau
ketika. Hal ini penting terutama dalam kalangan pahlwan-pahlawan kerana dengan
itu dia boleh membantu mereka menewaskan musuh (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et.al, 2013: 125-128).
Sejarah Melayu
memaparkan dengan jelas perkara teersebut dalam episod serangan Melaka ke atas
Pahang. Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar
Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Dalam usaha itu, Seri Bija Diraja tidak
tergesa-gesa seperti orang lain kerana dia tahu musuhnya itu tidak akan
terlepas dari tangannya. Ini dapat dilihat daripada kata-kata beliau kepada
anak buahnya.
“Di mana kamu semua orang muda-muda
tahu? Kerana Maharaja Dewa Sura ini sudah aku kira-kirakan namanya di bawah
namaku,dan harinya di bawah hariku dan ketikanya di bawah ketikaku, di mana ia
akan lepaskan daripada tanganku?”
(Sejarah Melayu: 74)
Berdasarkan
contoh petikan di atas, ramalan Seri Bija Diraja itu memang tepat. Beliaulah
yang telah berjaya menangkap Maharaja Dewa Sura.
Dalam
Hikayat Hang Tuah pula disebutkan
tentang pengamalan ilmu firasat. Amalan ilmu firasat ini dapat dilihat sewaktu
Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri negeri
tersebut. Masa yang dipilih oleh Raja Melaka dipersetujui oleh Hang Tuah kerana
menurutnya ketika tersebut (hari Ahad malam Isnin) adalah waktu yang geroda
dikalahkan oleh seekor ular. Kiasan membawa erti, orang atau pihak yang kuat
dan besar dapat ditewaskan oleh orang atau pihak yang lebih kecil. Ramalan Hang
Tuah itu ternyata tepat apabila beliau dan rombongan tersebut beroleh kejayaan
di Majapahit. Beliau dan rakan-rakannya dapat mengetahui segala tipu helah
serta percubaan membunuhnya oleh peembesar dan perajurit negeri itu.
Kepercayaan
kepada ilmu firasat mungkin boleh dikaitkan dengan konsep ‘memilih ketika’
dalam kalangan masyarakat Melayu. Umpamanya dalam seminggu, terdapat hari-hari
tertentu yang baik dan buruk serta sial. Begitu juga dengan bulan-bulan
tertentu dalam masa setahun. Oleh yang demikian, mereka yang memilih ketika
yang baik untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau rancangan seperti mendirikan
rumah, mengerjakanm sawah dan memulakan perjalanan untuk merantau. Bagi mereka,
‘memilih ketika’ itu penting untuk mengelakkan daripada bencana atau sebarang
keburukan.
Di
Acheh, waktu Pencagah atau Iskandar Muda Mahkota Alam dalam kandungan, ibunya
bermimpi bersanggulkan bulan yang dihiasi buang air kecil yang terlalu banyak
sehingga menjadi laut. Dalam mentafsir mimpi itu, Fakih Khoja Manassiah
berpendapat:
“Tuanku, adapun takbir mimpi sultan
itu Insya-Allah taala (tak dapat) tiadalah daripada zuriat sulan menjadi raja
yang maha kuasa lagi terlalu besar gahnya lagi mengempukkan segala raja-raja
daripada segala pihak Timur dan daripada segala pihak Barat. Dan paduka
anakanda itulah melimpahkan takhta adilnya dan ialah matahari yang betak
(tetap) di bumi musyrik ini.”
(De Hikajat Atjeh: 115)
Manakala
di negeri Pahang pula terdapat ramalan yang dibuat oleh Habib Abdullah dari
Makkah. Beliau yang memberi nama kepada Tun Ahmad, berpendapat bahawa anak
Bendahara Ali yang baru dilahirkan itu akan menjadi seorang yang baik, bertuah
serta besar daulatnya. Sebagaimana ramalan-ramalan lain, ramalan Fakih Khoja
Manassiah dan Habib Abdullah juga menjadi kenyataan.
“Sampai sepuluh bulan genap, masuk
bulan sebelas bersalinlah. Ketika itu berbetulan Habib Abdullah ibni Omar
al-Attas, yang keramat besar, ialah yang menyambut dan bang, teruslah dinamakan
(nya) Tun Ahmad. Maka ia pun berdatang menyembah pada raja iaitu, “Ya Maulana,
anak maulana ini banyak baik, yakni besar suhudnya bertuah lebih daulatnya
kelak.” Maka ia pun baliklah. Tiada berapa lama (nya) keluar dari Pahang balik
ke Arab.”
(Hikayat Pahang: 5)
Dalam
historiografi Melayu tradisional lain, unsur mimpi turut memainkan peranan
penting. Di dalam Fasal 13, Bab II Bustan
al-Salatin ini pun, unsur mimpi dikemukakan walaupun dalam dua episod
sahaja. Nuruddin menceritakan bahawa Sultan Iskandar Muda telah bermimpi
tentang air persiraman puterinya dan Iskandar Thani. Sultan Iskandar Muda telah
bermimpi pada malam Isnin, 12 Jamadilakhir, iaitu turun sebuah mahligai
daripada cahaya dengan perhiasannya berisi air mandi dibawa oleh malaikat dari
langit. Malaikatlah yang memandikan kedua-dua pasangan muda itu. Esoknya Sultan
Iskandar Muda menitahkan bahawa mereka tidak perlu lagi dimandikan oleh Syeikh
Syamsuddin dan Kadi Malik al-Adil. Petikannya:
“ Maka pada pagi –pagi hari sabda
Raja Iskandar Muda kepada nenda Raja Serba Bawa, “Katakan kepada bondaku Syah
Alam, janganlah bersusah lagi memandikan anakku kedua! Sudahlah mandi keduanya
daripada air yang turun dari kudrat Allah Taa’la!”
(Bustan
Al-Salatin: 18)
Mimpi
yang kedua ialah yang muncul dalam tidur seorang pembuat batu nisan.
Setelah Sultan Iskandar Thani mangkat,
baginda digelar Marhum Dar al-Salam. Permaisurinya yang menjadi sultan
memerintahkan juru batu nisan mencipta satu batu nisan yang terbaik untuk
suaminya. Masa itulah Marhum Mahkota Alam muncul di dalam mimpi juru batu
supaya melebihkan perbuatan batu itu pada makam Marhum Dar al-Salam. Petikannya
adalah seperti berikut:
“Syahadan adalah yang mengadap Raja
Nisyan itu orang berpedang suasa. Maka pada suatu malam ia bermimpi Paduka
Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dengan kahar, Hai segala pandai, kamu
lebihkanlah perbuatan batu itu daripadaku.”
(Bustan Al-Salatin: 45)
Kedua-dua
mimpi ini mempengaruhi tindakan-tindakan secara sedar orang-orang yang terlibat
dalam episod-episod berkenaan. Nyata dalam Fasal 13 ini, unsur mimpi tidak
dianggap sebagai membawa makna sesuatu atau perlu dibuat interpretasi tetapi
merupakan komunikasi langsung daripada satu pihak di dunia tidak nyata kepada
pihak di dunia nyata.
Ilmu
firasat juga dilakukan terhadap binatang. Hal ini disebutkan dalam hikayat
Melayu, iaitu Hikayat Raja Pasai.
Berikutan itu, anjing diberikan penghormatan oleh Raja-raja Melayu zaman
terdahulu. Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sesebuah
negeri. Dalam Hikayat Raja Pasai,
penemuan negeri Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan Merah Silu
(sesudah memeluk Islam, bergelar Sultan Malikul Saleh). Anjing perburuan itu
telah menyalak disebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malikul Saleh kemudian
berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu dinamakan tempat itu
Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi. Contoh petikan:
“Maka tersebutlah perkataan Merah
Silau di Rimba Jerana itu. Sekali persetua pada suatu hari Merah Silau pergi
berburu. Maka ada seekor anjing dibawanya akan perburuan Merah Silau itu
bernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing itu, lalu ia menyalak di atas tanah
tinggi itu. Maka dilihatnya ada seekor semut besarnya seperti kucing. Maka itu
pun disuruh Merah Silau tebasi pada segala orang yang sertanya itu. Maka
setelah itu diperbuatnya akan istananya.”
(Hikayat Inderaputera: 13)
2. Ilmu Pendukunan
Menurut
Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa
dukun membawa maksud orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara
kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh
dan pawang. Manakala perdukunan pula membawa maksud yang mengenai atau
berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan
dengan ilmu dukun.
Kepercayaan
masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam
kepercayaan itu, menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib.
Sehubungan dengan itu, wujudlah permujaan atau penyembahan kepada batu-batu,
pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-gunung dan fenomena lain. Kuasa ghaib itu
tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun,pawang, atau bomoh
diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi mengembalikan keadaan seperti asalnya.
Dukun
atau bomoh juga dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang
terutama yang liar dan bisa. Mereka tahu akan kelemahan binatang-binatang
tersebut dengan jampi. Kadang-kadang seseorang bomoh itu pakar dalam satu
bidang sahaja seperti bomoh ular, gajah dan sebagainya. Di Melaka, terdapat
orang yang begitu arif tentang gajah, bergelar Penghulu Gajah. Antaranya adalah
Seri Wak Raja. Contoh petikan berkaitan dengan ini:
“Sekalian orang pun
melihat tahunya Seri Wak Raja; gajah penakut jadi beraninya.”
(Sulalatus Salatin: 209)
Terdapat
juga golongan istana yang menggunakan dukun atau ahli nujum terutama sebelum
kedatangan Islam atau tahap-tahap awal kemasukannya. Peranan ahli nujum agak
berbeza dengan bomoh. Dia lebih kepada membuat ramalan. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, keturunan
raja Kedah yang memerintah Siam meminta ahli nujumnya mencari pengganti raja
Kedah setelah Raja Bersiung hilang dalam perdu buluh betung. Ahli nujum itu
melepaskan gajah sakti untuk mencari raja yang baru (Seri Lanang Jaya Hj.
Rohani et.al, 2013: 129).
Jampi
menurut Kamus Dewan (2010), membawa
makna kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi
juga dikenali sebagai mantera. Mana Sikana (1996) pula berpendapat bahawa jampi
serapah tidak hanya sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada
hubungannya dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi dikatakan sebagai
sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutama pada perubatan. Pawang
sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai
manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.
Kedudukan
pawang dalam hierarki kemasyarakatan adalah jelas. Jampi mantera yang diucapkan
telah mendapat tempat yang istimewa. Jampi mempunyai unsur-unsur pemujaan,
perubatan, kasih sayang, pendinding dan berhubung dengan psikologi manusia.
Biasanya pawang, dukun, bomoh atau orang yang memakainya tidak begitu mudah
memberikan jampi serapahnya kepada orang lain. Mereka bimbang jampi serapah
yang diketahui itu tidak mujarab lagi, melainkan orang yang sudah menuntut dan
orang lain tidak boleh menggunakannya. Jika digunakan juga dia akan menerima
padahnya.
Satu
hal yang menarik ialah jampi biasanya disampaikan dalam bahasa Banjar.
Penjelasan tersebut jelas menunjukkan bahawa kepercayaan yang masih sebati
terhadap kuasa ghaib seperti yang terdapat dalam jampi. Jampi-jampi dikatakan
boleh diwarisi oleh orang tertentu. Menurut Mana Sikana (1996), jampi mempunyai
tiga jenis, iaitu jampi menolak syaitan, jampi tawar biasa dan seterusnya ialah
jampi pendinding. Jampi yang pertama dan ketiga ialah jampi jenis larangan,
manakala jampi yang kedua ialah jampi jenis perubatan.
Jampi
menolak syaitan digunakan untuk menghalau sekalian jenis jin. Jampi ini juga
digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus tersebut.
Jampi menolak syaitan ini boleh sahaja digunakan pada bila-bila masa yang
dirasakan perlu. Contohnya, jampi ini boleh digunakan ketika seseorang berjalan
di tempat yang sunyi atau apabila berasa takut dan boleh juga digunakan apabila
dirasakan diri diganggu oleh sesuatu. Cara menjampinya adalah seseorang itu
perlu memandang tegak ke hadapan. Selepas sekali dibaca, hendaklah ditiup ke
kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Jampi ini perlu dibaca sebanyak tiga kali
berturut-turut. Contoh yang terdapat dalam karya agung ialah:
“Permulaan kata aku menyatakan
Hakikat jin seribu empat puluh dua
lagi
Aku tahu akan asal usul dirimu
Asal diri jadi di huruf Alif
...dengan berkat La ilaha
illallah.”
(Kitab Tib: 1292)
Jampi
tawar bisa pula boleh digunakan untuk kesakitan serius seperti digigit ular
berbisa dan boleh membawa maut atau kebakaran yang boleh mencacatkan. Jampi ini
boleh digunakan dengan dua cara, iaitu yang pertama ialah dengan cara menjampi
terus pada tempat yang sakit. Selepas pembacaan, hendaklah ditiup pada tempat
yang sakit tersebut dan sebaik-baiknya pesakit harislah duduk di tempat yang
arahnya menerima angin kerana dipercayai bahawa angib tersebut mampu menolong
mencabut bisa yang ditanggungnya. Cara yang kedua pula ialah dengan cara
pembacaan ke dalam air. Selepas dijampi, air tersebut perlulah diminum, dimandi
atau disapukan kekepala. Air tersebut tidak boleh dilangkah terutama sekali
oleh kucing. Air itu perlu disimpan di tempat yang tinggi dan tidak boleh
diletakkan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya, air itu ialah air hujan yang
ditadah dan turun betul-betul dari langit serta tidak tersangkut di mana-mana
lagi sebelumnya.
Jampi
pendinding adalah jampi jenis yang cukup dominan dalam masyarakat Melayu. Jampi
jenis ini boleh dikatakan dipelajari dan dipakai oleh kebanyakan orang baik
halus ataupun terang. Jampi tersebut boleh ditulis di atas kertas lalu dipakai
sebagai azimat. Namun, azimat tersebut tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan
tidak boleh berniat jahat. Jampi ini berfungsi sebagai pendinding diri kerana
niat jahat, hasad, fitnah dan sebagainya tidak akan sampai kepada pengamalnya,
malah dalam beberapa keadaan perbuatan jahat itu tadi akan kembali kepada si
pelaku itu semula.
Perkara-perkara
yang berkaitan dengan jampi juga ada sedikit sebanyak disebut dalam karya-karya
agung seperti Hikayat Abdullah, Hikayat
Raja Pasai, Hikayat Seri Kelantan dan lain-lain lagi. Contohnya ialah:
“Pawang ini pandai sungguh, sebab
membaca-bacakannya, gajah itu pun takut akan dia.”
(Hikayat Abdullah: 55)
Ayat
tersebut membuktikan bahawa pengarang Hikayat
Abdullah ada menceritakan tentang jampi dan jampi itu bermaksud pawang yang
diceritakan itiu sungguh pandai kerana mampu menjinakkan gajah dengan hanya
menjampinya sahaja. Contoh yang kedua ialah jampi Tuan Puteri Sa’dong menyebabkan
Kota Jelasin dan rakyat ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana yang kemudian
diberi nama Mahligai.
“
Maka jogi itu pun pengsan sebab daripada keramat sultan itu.”
(Hikayat Raja Pasai: 35)
Berdasarkan
ayat di atas, jelaslah bahawa jampi juga ada diceritakan dalam Hikayat Raja Pasai. Hal ini kerana ayat
tersebut menunjukkan bahawa jogi itu pengsan disebabkan sultan tersebut
mempunyai tongkat sakti atau tongkat yang telah dijampi. Contoh seterusnya
ialah:
“Hai sahabat, jangan mu duduk
menggoda dan menyiksa pada mulut manusia kerana mulut manusia itu tempat puji
Allah dan puji Muhammad.”
(Kitab Tib, 1078: 65)
Jampi
di atas ialah contoh jampi sahabat. Jampi ini merupakan jampi yang jenis
nasihat ke arah kebaikan. Jampi ini boleh digunakan kerana ia tidak bertentangan
dengan syariat tidak boleh memesongkan akidah (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et.al, 2013: 129-132).
4. Ilmu Pengasih
Pengasih
membawa makna ilmu pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna dan lain-lain untuk
mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih (Kamus
Dewan, 2010). Ilmu pengasih ini adalah untuk mendapat pemujaan oleh
seseorang yang jatuh hati kepada orang lain. Lazimnya, ilmu pengasih digunakan
oleh seseorang kerana mungkin orang yang disukai itu tidak menyukainya atau
orang ittu terlalu jual mahal. Ilmu pengasih boleh digunakan dengan banyak
cara, namun cara yang popular adalah dengan cara mencalitkan sesuatu minyak
kepada seseorang yang berkenaan atau dengan cara menjampi gambar dan
sebagainya. Contoh ayat jampi pengasih ialah:
“Kun sarik panjik-panjik
Bagurung bagirang
Taulas takani ngidan
Kasih sayang (anu)
memandang akuk
Cinta sayang (anu)
melihat akuk
Dengan berkat
Lailaha il-Lallah
Muhammad
ar-Rasulullah.”
(Mana Sikana:
67)
“Hang Nadim menggunakan ubat
guna-guna untuk memikat Tun Teja. Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut
(bedak) itu ternyata berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si
pelulut beliau dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi
isteri baginda.”
(Sejarah Melayu:
170)
Ilmu
pengasih ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan menyapu bedak yang
telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan air
yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia tidak
boleh lalu di bawah ampaian dan tidak boleh
mengerjakan maksiat seperti mencuri. Jika dilakukan juga, jampi tersebut
tidak akan mujarab. Pengamal jampi ini juga tidak boleh melangkah tulang babi
dan sebaik-baiknya dia hendaklah terus kepada matlamatnya. Selain untuk
perkasihan, jampi ini juga boleh digunakan untuk bertemu dengan orang yang
tertentu untuk tujuan baik. Misalnya ketika hendak berwawancara atau temuduga
pekerjaan, meminta pertolongan atau sebagainya (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et.al, 2013: 132-133).
Rujukan:
1. Buku Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et.al (2013)
Rujukan:
1. Buku Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et.al (2013)
No comments:
Post a Comment