Pengenalan
Idealisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani, iaitu 'idea' yang bermaksud idea dan 'isme' yang bermaksud ajaran dan fahaman. Manakala, perkataan falsafah mendukung makna mencintai kebijaksanaan yang terdapat dalam bahasa Yunani, iaitu philien(mencintai) dan sophia(kebijaksanaan/pengetahuan).
Setiap karya atau penulisan pastinya mempunyai idealisme dan falsafahnya yang tersendiri. Hal ini berkait rapat dengan diri seseorang penulis itu sendiri. Setiap penulis mempunyai kecenderungan tersendiri untuk mengaitkan penulisannya dengan falsafah dan pemikiran tertentu. Misalnya berkaitan dengan idealisme bersumberkan alam, falsafah bersumberkan Islam, falsafah bersumberkan Melayu mahu pun falsafah bahasa. Dalam dunia ketamadunan, banyak karya agung yang dihasilkan yang melambangkan keagungan cipta bangsa Melayu yang menimbulkan identiti dan tradisi dalam dunia penulisan Melayu.

Kedua-dua elemen ini diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian kerana, elemen-elemen tersebut amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak pembaca. Dalam pada itu, para pengkarya itu juga menerapkan kedua-dua elemen ini agar para pembaca dapat membuat penganalisisan tentang sesuatu karya tersebut dengan lebih mudah.
Konsep Idealisme
Idealisme dan falsafah merupakan dua
elemen sastera yang saling bertentangan. Penggunaan kedua-dua elemen ini ke
dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung khususnya amat popular dalam
kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau
mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558). Menurut W.F
Hocking pula, idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea,
fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa (selves) dan
bukanlah kekuatan atau kebendaan. Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas
menunjukkan bahawa idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif
untuk menghasilkan sesuatu bentuk karya sastera.
Idealisme Bersumberkan Alam
Sesebuah karya seharusnya memiliki
falsafah, pemikiran dan persoalan yang agung dan penting. Hal inilah yang
disebutkan oleh tokoh pengkritik karya sastera, Greek Dionysus Cassius
Longinus. Hal ini membuktikan bahawa sesebuah karya sastera, terutamanya karya
agung pasti memiliki ciri pemikiran tertentu yang juga disebut sebagai
idealisme. Seterusnya, idealisme yang akan dibincangkan dalam karya agung
Melayu adalah idealisme karya yang bersumberkan alam. Perbincangan berdasarkan
idealisme yang bersumberkan alam ini dapat dikategorikan kepada beberapa
pecahan, misalnya berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan
sebagainya. Kehidupan manusia tidak lari daripada alam, malah banyak perkara
yang berlaku dalam kehidupan sebagai seorang manusia sering dikaitkan dan
diumpamakan dengan alam ciptaan Tuhan, tidak kira dari segi tumbuhan, haiwan,
angkasa, lautan mahupun hubungan antara masyarakat, iaitu sosialisasi.
Hal ini banyak diungkapkan dalam karya-karya agung Melayu klasik. Mortimer Jerome Adler menyatakan, berdasarkan isu utama berkenaan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia sebagai bentuk hidupan yang berkesinambungan atau jelas berbeza, maka kajian organisma haiwan – anatomi dan fisiologinya – memperoleh banyak kepentingannya (2007: 12). Bukan sahaja pada satu bahagian, malah pada ketika menulis manusia juga tidak dapat lari dari dikaitkan dengan alam. Bagi membuktikan hal ini, jadual di bawah disediakan untuk memaparkan antara contoh karya agung yang penulisan, pemikiran atau idealismenya berhubungkait serta bersumberkan alam.

Konsep Falsafah
Perkataan falsafah berasal daripada
bahasa Yunani atau Greek purba yang mengandungi dua perkataan, iaitu ‘philo’ yang bermaksud ‘cinta’ dan ‘sephia’ yang bermaksud ‘kebijaksanaan’
(Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003: 1). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah bermakna pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada
ilmu-ilmu lain. Sungguhpun begitu, dewasa ini takrif yang diutarakan oleh B.A.G
Fuller dalam bukunya A History of
Philosophy, iaitu :
“Falsafah boleh
ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan
renungan (reflective) dan penaakulan
(reasoning) untuk merumuskan sifat,
hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan
sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan
fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud atau semesta.”
(Falsafah, Logik, Teori Nilai dan
Etika Melayu : Suatu Pengenalan, 2001: 1)
Hashim
Hj. Musa (1994: 10) pula menjelaskan falsafah sebagai kajian secara renungan
dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia
yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Beliau turut
menjelaskan konsep falsafah yang paling luas dan serba merangkumi, mencukupi
keseluruhan pengetahuan konsepsi manusia tentang semua bidang, cabangan dan
menjadikannya satu keseluruhan, satu gemblengan pengetahuan konsepsi manusia. Oleh
hal yang demikian, maka muncullah cabang-cabang falsafah seperti falsafah
sains, falsafah kesenian dan estetika, falsafah bahasa dan lain-lain lagi.
Jika dilihat di Barat, secara umumnya terdapat empat mazhab falsafah yang boleh dibahagikan kepada falsafah tradisional dan falsafah moden. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003: 24), mazhab falsafah idealisme dan realisme tergolong dalam kategori falsafah tradisional, manakala mazhab falsafah pragmatisme dan eksistensialisme pula tergolong kategori falsafah moden. Plato dalam bukunya bertajuk The Republic, mengemukakan idea bagi mazhab pertama, iaitu idealisme, dengan menerangkan bahawa kebenaran, keindahan dan keadilan boleh dicari menggunakan penaakulan yang berterusan dengan penuh kesedaran bukan daripada kebendaan.

Seterusnya,
falsafah realisme pula diasaskan oleh Aristotle, iaitu murid kepada Plato.
Walau bagaimanapun, Aristotle tidak bersetuju dengan falsafah idealisme kerana
beliau beranggapan, kebenaran itu adalah bebas daripada penggunaan akal
semata-mata. Kedua-dua mazhab ini merintis kepada aliran falsafah moden yang memperkenalkan
falsafah pragmatisme atau lebih dikenali sebagai falsafah orang Amerika. Falsafah
ini bertentangan falsafah tradisional kerana pragmatisme merujuk kepada
eksperimentalisme yang berasaskan perubahan, proses, relativiti serta pembinaan
semula. Selepas Perang Dunia Kedua, muncul falsafah eksistensialisme yang
percaya bahawa realiti adalah sesuatu kewujudan individu. Falsafah ini
menekankan pengalaman bebas atau laissez faire dalam menentukan keputusan,
pilihan, dan pembelajaran individu.
Falsafah
dalam Islam pula meletakkan al-Quran dan wahyu sebagai panduan kepada akal
manusia dengan memberatkan akhlak agar dapat melahirkan manusia yang sempurna.
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman dalam bukunya bertajuk Falsafah Pendidikan dan Kurikulum (2003: 29), menyatakan falsafah
adalah tidak bercanggah dengan kehendak atau prinsip yang terdapat dalam ajaran
Islam. Jika sains adalah mencari kebenaran, falsafah adalah mendekati
kebenaran, manakala agama pula adalah kebenarannya.
Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah dan persoalan, di samping satu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia. Tujuan falsafah untuk mencari kebenaran tentang sesuatu permasalahan dengan cara berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Sesuatu perkara itu menjadi persoalan falsafah apabila ia tidak dapat diselesaikan melalui kaedah dan pengamatan sains. Persoalan falsafah lazimnya melibatkan perkara-perkara yang abstrak seperti persoalan konsep dan ideologi. Secara ringkasnya, falsafah merupakan suatu pemikiran yang amat mendalam dan menyelurug terhadap sesuatu perkara dalam usaha mencari kebenaran.

Falsafah bersumberkan Islam
Falsafah karya agung terutamanya
karya agung dunia Melayu turut diilhamkan oleh pengarangnya melalui agama Islam
yang menjadi pegangan agama majoriti bangsa Melayu. Hal ini dibuktikan melalui
sebuah buku daripada Yayasan Karyawan (2000: 13) yang menyatakan tiga faktor
utama terhasilnya karya agung Melayu, iaitu kekuatan bahasa Melayu, pengaruh
Islam, dan peranan istana dan sekolah pondok. Hal ini membuktikan bahawa
falsafah yang terdapat dalam karya agung terdapat juga yang bersumberkan Islam,
iaitu memperlihatkan keislaman dalam penghasilan karya.
Setelah pengaruh agama Hindu menjadi pudar dalam diri masyarakat Melayu, munculnya Islam di dalam dunia Melayu. Sekitar abad ke-12 dan ke-13, beberapa buah kerajaan Melayu-Islam telah ditubuhkan di Perlak (Pasai). Perkara ini menyebabkan berakhirnya pengaruh kerajaan Melayu-Srivijaya yang pada masa tersebut masih dalam kekuatan pengaruh Hindu. Agama Islam seterusnya disebarkan secara meluas, bukan sahaja dalam kalangan alim ulama’ tetapi juga turut disebarkan kepada rakyat.
Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu masih menggunakan bahasa lisan sehinggalah tiba suatu ketika apabila masyarakat Melayu sudah mula mempelajari abjad Arab untuk menulis bahasa Melayu. Dengan bermulanya perkembangan tulisan ini, bermulanya suatu zaman baru dalam dunia Melayu, iaitu zaman perkembangan ilmu dan pemikiran yang didasarkan kepada ajaran agama, iaitu tauhid dan pandangan Islam sejagat. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan istana kerajaan Melayu-Islam pada zaman tersebut yang menjadi pendukung kepada kegiatan penulisan yang membentuk warisan bangsa.
Kitab al-Qur’an merupakan sumber utama kepada falsafah Islam kerana al-Qur’an adalah kitab petunjuk dan rahmat buat sekalian alam. Mohd Rashid Md Idris ada menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah kitab yang Haq dari yang maha Haq, tiada keraguan, tiada kebengkokan, tiada kesilapan dan kesalahan, tiada percanggahan dan pertentangan, kitab yang terpelihara, kitab yang diberkati, kitab yang menjadi cahaya dan penghidup jiwa, kitab yang menjadi penjelas dan penerang, kitab yang menjadi penawar dan pengubat jiwa, dan kitab yang menjadi pemutus kata (2007: 53).
Hal ini membuktikan bahawa Islam dan falsafahnya memberikan seratus peratus keyakinan kepada penganut agamanya. Hal ini juga menyebabkan masyarakat Melayu-Islam sejak dahulu sangat yakin akan kebaikan menurut ajaran seperti yang dinyatakan dalam agamanya. Dengan itu, tidak hairanlah di dalam penulisan pengkarya klasik dahulu kala terutamanya mereka yang beragama Islam seperti Nuruddin al-Raniri, Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Munshi Abdullah dan tokoh-tokoh yang lain suka untuk mencetuskan pemikiran berasaskan falsafah Islam dalam karya mereka.

Falsafah bersumberkan Melayu
Kehidupan masyarakat Melayu tidak
boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh yang demikian, mereka
menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya, mereka menekankan
konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi tersebut pula terbahagi kepada
lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi dan akal budi
(Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63). Penerapan unsur-unsur tersebut dapat
diperhatikan dalam contoh yang berikut:
1. Budi bahasa
Budi bahasa dan budi bicara yang
mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas
dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan
pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64).
2. Budi Pekerti
Bagi gagasan budi pekerti, ia lebih
terarah kepada akhlak seseorang itu. Namun demikian, unsur kesantunan masih
lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang dihasilkan oleh seseorang
individu itu. Menurut Mohd Rashid Md. Idris (2011), budi pekerti adalah satu
aspek atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh masyarakat dari sudut baik
dan buruk, atau halus dan kasar. Kelakuan tersebut merangkumi kelakuan yang
bersopan-santun, tertib dan sebagainya.
3. Budi Bicara
Pendefinisian budi yang seterusnya
pula lebih cenderung kepada unsur toleransi dan tolak ansur dalam setiap perbuatan.
Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang mementingkan nilai
kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman. Malahan nilai ini
turut diterapkan dalam kehidupan berkeluarga khususnya.
4. Hati Budi
Hati budi pula bolehlah dikaitkan
dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk melahirkan hati yang baik,
seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana kesucian hati akan menentukan
perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan dan akan dihindari daripada
segala sifat-sifat yang negatif dan buruk.
5. Akal Budi
Pertimbangan akal sangat diperlukan
dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui pertimbangan akal budi
yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan sikap seseorang itu
sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara yang dilakukannya
ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini sangat
dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri, keluarga
dan juga masyarakat.
Falsafah bahasa
Falsafah bahasa merupakan gabungan
dua perkataan, iaitu falsafah dan bahasa. Namun kedua-dua entiti ini membawa
kepada pemaknaan yang berbeza sama sekali. Falsafah merupakan gabungan dua
kata, iaitu istilah Yunani ‘philo’ (cinta)
dan ‘sophos’ (hikmat).
Kebenaran dan keutamaan kata yang dibawa oleh Phytogras ini dapat disimpulkan
sebagai pencinta kebijaksanaan. Bagi pendefinisian bahasa pula, merujuk kepada
sistem lambang dan bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (Kamus Dewan Edisi keempat, 2010: 106).
Bagi Von Humboldt, iaitu seorang sarjana Jerman bahasa didefinisikan sebagai sintesis bunyi (dalam Mohd Rashid Md Idris, 2012: 8). Melalui pentakrifan yang dibuat dapat dinyatakan kesimpulan bahawa bahasa adalah satu medium yang diguna pakai oleh masyarakat untuk menyampaikan konsep atau lebih tepat lagi untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Namun demikian, penggabungan kedua-dua elemen ini dapat membawa kepada sesuatu bentuk pengetahuan yang lebih unggul. Menurut Hashim Hj, Musa (1996), bidang falsafah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Pembicaraan tentang falsafah linguistik merangkumi kepada cakupan dasar falsafah dalam konsep dan istilah linguistik. Hal ini merujuk kepada penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka (Mohd Rashid Md Idris, 2012: 9).
Bagi falsafah bahasa pula, aspek ini meneliti dan memeriksa berasaskan falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara ilmu (knowledge), logik dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan bahawa falsafah bahasa merupakan bidang yang menelusuri tentang sesuatu aspek bahasa dengan menggunakan konsep pengetahuan dan penggunaan dasar yang lebih mendalam bagi mencari kebenaran dalam setiap aspek yang ingin dikaji.
Rujukan:
2. Buku: Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj Rohani et al (2013). Modul KRB3063: Penghayatan Karya Agung Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/falsafah-idealisme-dan-pengenalan
3. http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/falsafah-idealisme-dan-pengenalan