Definisi Etimologi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 402), perkataan etimologi bermaksud salah satu cabang linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata.
Asal Usul Perkataan Melayu
Terdapat banyak pandangan yang dibuat mengenai asal usul perkataan Melayu. Antaranya :
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 402), perkataan etimologi bermaksud salah satu cabang linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata.
Asal Usul Perkataan Melayu
Terdapat banyak pandangan yang dibuat mengenai asal usul perkataan Melayu. Antaranya :
1. Perkataan Melayu terbit daripada
perkataan Sankrit, iaitu "Malaya" atau daripada perkataan Tamil,
"Malai" yang bermaksud 'bukit atau tanah tinggi' (Mohd Rashid 2007).
2. M. Ptolemy menggunakan istilah
maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul 'Geographike Sintaxis'.
3. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana
terdapat perkataan malaya-dvipa.
4. Catatan orang China yang menyatakan
bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
5. Satu lagi catatan orang China ialah
catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua
buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di
Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. Catatan dalam kesusasteraan
China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa
yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai
oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
6. Sebuah patung di Padang Rocore,
Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu”
pada bahagian belakangnya.
7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan
perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya,
iaitu Sungai Melayu.
8. Berasal daripada perkataan Malaya,
iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya”
bermaksud “tempat bersalji”.
9. Perkataan Malayapura yang bermaksud
“kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
10. Dikatakan diambil daripada perkataan
bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke
mana-mana”.
11. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti
“menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menukar agama daripada
agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Definisi Bangsa Melayu
|
Jika menurut
pandangan antropologi, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit
sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut
serta berbudi bahasa. Asal usul Bahasa Melayu sebenarnya sesuatu yang sukar
ditentukan. Walaupun terdapat kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,
tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Terdapat dua teori yang
diketengahkan oleh para sarjana bahasa dimana bangsa Melayu berasal daripada
Yunan (Teori Yunan) dan berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara).
1. Teori Yunan
Teori Yunan merupakan
teori yang popular dan digunakan dalam buku Teks Pengajian Malaysia. Dalam
teori Yunan, beberapa orang sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R
Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Hj. Omar menyokong pendapat ini
berdasarkan beberapa alasan, iaitu:
- Kapak tua yang mirip Kapak Tua di Asia
Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi
penduduk di Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
- Adat resam Melayu hampir sama dengan
suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dan Myanmar).
- Bahasa Melayu serumpun dengan bahasa di
Kemboja. Penduduk Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan
menyususri Sungai Mekong. Perhubungan antara bangsa Melayu dan bangsa Kemboja
menunjukkan pertalian bangsa Melayu dengan dataran Yunan.
Berdasarkan teori
ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga
gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu
Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya :
- Orang Negrito
Merupakan penduduk paling awal di
Kepulauan Melayu. Mereka dikatakan wujud sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan
arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Ciri-ciri mereka diwarisi daripada orang Semang
yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata
bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, dan mempunyai saiz badan yang pendek.
- Melayu Proto
Perpindahan Melayu Proto ke Kepulauan
Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih
maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.
- Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro
merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada
1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran
berlayar.
2. Teori Nusantara
Teori ini didukung
oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan
juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di
bawah:
- Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai
tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak
berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
- K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat
yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya,
persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena
"ambilan".
- Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo
Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa
menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno
tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
- Bahasa di Nusantara (Bahasa
Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah
(Bahasa Indo-Eropah).
No comments:
Post a Comment