1. Abdullah Munsyi
Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau yang memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya. Ciri-ciri penulisan beliau ialah:
Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau yang memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya. Ciri-ciri penulisan beliau ialah:
- Tidak lagi berkisar tentang keadaan di istana;
- Tidak juga mengandungi mitos dan legenda;
- Tidak terbina atas khayalan melulu; dan
- Telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.
Abdullah meninggalkan
ungkapan-ungkapan tradisional seperti “talibun” yang sering diulang-ulang untuk
melukiskan sesuatu. Beliau juga menggunakan ganti nama diri “aku” atau “ku” yang
menjelaskan sifat keakuan dan sifat bertanggungjawab terhadap karya yang
dihasilkan. Genre-genre baru yang diterokai beliau ialah autobiografi dan
memoir. Walau bagaimanapun, masih terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional
dalam karya seperti Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah
ke Kelantan. Di samping itu, lenggang-lenggok bahasa yang digunakan oleh beliau
masih terikut-ikut dengan bahasa yang terdapat dalam Sejarah Melayu.
2. Sheikh Hamzah Fansuri
Syeikh Hamzah Fansuri adalah seorang
cendekiawan, ulama tasawuf, dan budayawan terkemuka yang diperkirakan hidup
antara pertengahan abad ke-16 sampai awal abad ke-17. Sayang sekali bukti-bukti
tertulis yang dinyatakan tarikh sebenarnya Syeikh Hamzah Fansuri lahir dan
wafat, dimana dilahirkan dan dimana pula jasadnya dibaringkan dan ditanam, tak
dijumpai sampai sekarang. Namun begitu, Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan
pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Barat. Pada tahun 1726,
Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan
Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang
penyair yang dilahirkan di Fansur.
Hamzah Fansuri telah
mengembara ke pelbagai tempat untuk menambah pengetahuannya seperti ke Mekah,
Madinah, Baghdad, Pahang (Tanah Melayu), dan Kudus (Pulau Jawa). Beliau
menguasai bahasa Arab dan Parsi di samping Bahasa Melayu yang memang
menjadi bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah
memperlihatkan bentuk seperti yang digunakan sekarang. Nama gelar
atau takhallus yang tercantum di belakang nama kecilnya
memperlihatkan bahwa pendekar puisi dan ilmu sulukini berasal dari Fansur,
sebutan orang-orang Arab terhadap Barus, sekarang sebuah kota kecil di pantai
barat Sumatera yang terletak antara kota Sibolga dan Singkel. Sampai abad
ke-16 kota ini merupakan pelabuhan dagang penting yang dikunjungi para
saudagar dan musafir dari negeri-negeri jauh. Daripada syair dan namanya
sendiri sudah sekian lama berdominasi di Fansur, berdekatan Singkel, sehingga
mereka dan turunan mereka pantas digelari Fansur. Konon saudara Hamzah Fansuri
bernama Ali Fansuri, ayah dari Abdur Rauf Singkel Fansuri. Mengikut sarjana
bahasa yang memahami syair mengatakan bahwa Hamzah Fansuri lahir di tanah
Syahrmawi, tapi tidak ada sebarang penjelasan mengenai dimana tanah Syahrmawi
itu berada. Ada yang mengatakan di tanah Aceh sendiri ada yang menunjuk tanah
Siam, dan bahkan ada sarjana yang menunjuk negeri Persia sebagai tanah
yang di Aceh oleh nama Syamawi.
Kiranya
namanya di Nusantara di kalangan ulama dan sarjana penyelidik keislaman tak
asing lagi. Hampir semua penulis sejarah Islam mencatat bahwa Syeikh Hamzah
Fansuri dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatrani adalah dengan al-Hallaj,
faham hulul, ittihad, mahabbah dan lain-lain adalah seirama.
Syeikh Hamzah Fansuri diakui seorang pujangga Islam yang sangat popular di
zamannya, sehingga kini namanya menghiasi lembaran-lembaran sejarah
kesusasteraan Melayu dan Indonesia. Namanya tercatat sebagai tokoh kaliber
besar dalam perkembangan Islam di nusantara dari abadnya hingga ke abad
kini. Dalam buku-buku sejarah mengenai Aceh namanya selalu diuraikan
dengan panjang.
Hamzah
Fansuri menghasilkan karya tulis yang banyak, akan tetapi karya-karya tulisnya
itu bersama karya-karya tulis Syamsuddin Sumatrani, dibinasakan (dibakar)
berdasarkan perintah Sultan Iskandar Sani atau anjuran Huruddin al-Riniri,
mufti dan penasihat agama di Istana Sultan tersebut. Di antara syair-syair
Syeikh Hamzah Fansuri terkumpul dalam buku-buku yang terkenal, dalam
kesusasteraan Melayu/ Indonesia tercatat buku-buku syairnya antaranya, Syair
Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair Ikan
Tongkol, Syair Perahu.
Karya-karya Syeikh Hamzah Fansuri baik yang berbentuk syair mahupun berbentuk
prosa banyak menarik perhatian para sarjana baik sarjana barat atau orientalis
barat mahupun sarjana tempatan. Puisi-puisi penyair sufi biasanya tidak
lengkap tanpa disertai tanda-tanda kesufian seperti, faqir, asyiq dan
lain sebagainya. Tanda serupa ini kita jumpai di dalam sajak-sajak Hamzah
Fansuri. Antara tanda kesufian yang banyak ditemukan dalam syair-syair Hamzah
Fansuri ialah anak dagang, anak jamu, anak datu, anak ratu, orang uryani,
ungkas quddusi, dan kadang-kadang digunakan dengan nama pribadinya seperti Hamzah
Miskin, Hamzah Gharib dan lain-lain.
Syeikh
Hamzah Fansuri bukan hanya seorang ulama tasawuf dan sasterawan terkemuka,
tetapi juga seorang perintis dan pelopor bagi perkembangan kebudayaan Islam dan
sumbangannya sangat besar. Di bidang keilmuan Syeikh telah mempelajari
penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang demikian sistematis dan bersifat
ilmiah. Sebelum karya-karya Syeikh muncul, masyarakat muslim Melayu mempelajari
masalah-masalah agama, tasawuf dan sastera melalui kitab-kitab yang ditulis di
dalam bahasa Arab atau Persia. Di bidang sasetra Syeikh mempelopori pula
penulisan puisi-puisi filosofi dan mistis bercorak Islam, kedalaman kandungan
puisi-puisinya sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman ataupun
sesudahnya. Penulis-penulis Melayu abad ke-17 dan 18 kebanyakan berada di bawah
bayang-bayang kegeniusan dan kepiawaian Syeikh Hamzah Fansuri.
3. Raja Ali Haji
Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad atau
Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji Asy-Syahidu fi
Sabillah bin Upu Daeng Celak ataupun lebih dikenali sebagai Raja Ali
Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis. Beliau dilahirkan
di Pulau Penyengat Indera Sakti, yang ketika itu dibawah pemerintahan
Johor-Riau-Lingga dan Pahang. Beliau merupakan keturunan kedua(cucu) kepada
Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Riau-Lingga.
Pada tahun
1822, sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya
ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau
untuk berjumpa Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja
Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa dan waktu
yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya, Raja Ali untuk menemui
banyak ulama bagi memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu
fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid
Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau.
Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat
pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan
Belanda seperti T. Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi
sahabatnya. Kira-kira tahun 1827/1243H, Raja Ali Haji mengikut bapanya, Raja
Ahmad pergi ke Makkah al-Musyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah di
antara anak Raja Riau yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu.
Raja Ali
Haji tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka masa yang agak lama. Semasa di
Mekah, Raja Ali Haji sempat bergaul dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.
Beliau sempat belajar beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji
dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah. Beliau
bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
al-Banjari. Barangkali ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang
berasal dari Banjar itu supaya datang ke Riau, dan jika ulama tersebut
bersetuju untuk datang, ulama itu akan dijadikan Mufti di kerajaan Riau. Dalam
perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya, Raja Ali Haji pula
mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir).
Pada zaman dahulu, kerajaan Riau-Johor memiliki ramai ulama antaranya Habib
Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah
al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi. Tambahan
lagi, saudara sepupu Raja Ali Haji yang bernama Raja Ali bin Raja Ja’far
menjadi Yamtuan Muda Kerajaan Riau VIII (tahun 1845-1857) menggantikan
saudaranya Raja Abdur Rahman bin Raja Haji Yamtuan Muda Kerajaan Riau VII
(taun 1833-1845). Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh
saudara sepupunya itu untuk mengajar agama Islam sehinggakan Raja Ali bin Raja
Ja’far juga turut belajar dengan Raja Ali Haji.
Kemudian,
Raja Ali Haji mula menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Beliau dikatakan
telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasawuf
dan lain-lain. Raja Ali Haji mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu
pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya.
Ramai anak murid Raja Ali Haji yang telah menjadi tokoh terkemuka, antaranya
Raja Haji Abdullah yang kemudian menjadi Yamtuan Muda Riau IX (1857-1858).
Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab Syafie, dalam
iktikad beliau berpegang kepada fahaman Syeikh Abul Hasan
al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi, manakala amalan dalam ilmu tasawuf
beliau adalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat
Dalail al-Khairat yang dibangsakan kepada Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang
diamalkan secara beruntun sejak datuk-datuknya terutama Raja Haji as-Syahidu fi
Sabilillah yang ketika mangkat masih tetap memegang kitab selawat tersebut di
tangannya, sementara pedang terhunus di tangannya yang satu lagi. Raja Ali Haji
meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh
pemerintah Republik Indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.
Beliau
telah menghasilkan banyak karya berteraskan Islam seperti Gurindam Dua Belas,
Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai dan Syair Sinar Gemala Mustika Alam.
Misalnya, Gurindam Dua Belas banyak dibicarakan dalam pelajaran sastera.
Gurindam Dua Belas terdiri dari dua belas fasal dan kandungannya banyak
menyangkut perkara ibadat individu, kewajipan-kewajipan para raja dan
sifat-sifat masyarakat, kewajipan orang tua kepada anak dan kewajipan anak
kepada orang tua, dan lain-lain. Dalam bidang bahasa, beliaulah orang pertama
yang menulis tentang tatabahasa bahasa Melayu dalam Bustanul Katibin dan cuba
menyusun sebuah kamus Melayu melalui Kitab Pengetahuan Bahasa. Bustanul Katibin
ditulis tahun 1267H/1850M, diterbitkan dengan huruf batu (litografi) di Pulau
Penyengat, Riau. Bustanul Katibin terdiri dari 31 pasal, tebalnya hanya 70
halaman. Kitab Pengetahuan Bahasa pula ditulis tahun 1275 H/1858M, menggunakan
nama pengarang pada halaman depan cetakan Al-‘Alim Al-Fadhil Al-Marhum Raja Ali
Haji ibni Al-Marhum Raja Haji Ahmad ibni Al-Marhum Yang Di Pertuan Muda
Raja Haji Asy-Syahid fi Sabilillah Ta’ala, terbitan pertama, penggal yang
pertama Matba’ah Al-Ahmadiah, 82, Jalan Sultan, Singapura, 10 Rejab 1348 H/11
Disember 1929. Raja Ali Haji muncul sebagai tokoh bahasa, kesusasteraan,
sejarah, politik dan juga tokoh agama yang ulung pada zamannya (Mohd.
Sharifudin Yusop dan Mohd. Lani Sobi, 1999).
Sumbangan beliau terhadap persuratan
Melayu amat penting. Daya kreativitinya dan kepekaannya terhadap permasalahan
yang berlaku di sekelilingnya menjadikan beliau begitu masyhur. Dalam bidang
agama, beliau menjadi guru kepada Yamtuan Muda Riau selain mengajarkan agama
Islam kepada pembesar dan rakyat jelata. Dalam bidang sejarah, beliau berusaha
membuat catatan sejarah yang lengkap tentang keturunan Raja-Raja Melayu dan
Bugis dalam bentuk penulisan kreatif yang terakam dalam Tuhfatul Nafis dan
Salasilah Melayu Bugis dan Sekalian Raja-rajanya. Untuk pertama kalinya juga
beliau menggarap penulisannya secara lebih realistik sekaligus mengurangkan
unsur-unsur mitos, dongeng dan khayalan dalam penghasilan karya.
Ternyata Raja Ali Haji seorang tokoh yang
tiada tolok banding jika diteliti karya-karyanya yang meliputi pelbagai bidang
itu. Menurut Wan Samsuddin Mohd. Yusoff (1976), mengenai bukunya Tuhfatul
Nafis, C. Hooykaas dan Winstedt bersependapat menyatakan bahawa sesudah sejarah
Melayu, Tuhfatul Nafis dipandang sebagai sumber terpenting dalam pensejarahan
Melayu. Walaupun terdapat pembaharuan-pembaharuan dalam hasil karangan beliau,
Raja Ali Haji tetap dianggap pengarang klasik. Beliau bergaul dengan
sarjana-sarjana dan pembesar-pembesar Barat, tetapi pengaruh mereka tidaklah
besar. Dalam hal ini, Raja Ali Haji berbeza dengan Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi, yang menurut R.Roolvink dalam Mohamad Daud Mohamad (1987) telah berada
di perbatasan kebudayaan Timur dan Barat. Abdullah sudah keluar daripada
lingkungan masyarakatnya sendiri walaupun tidak secara keseluruhan. Raja Ali
Haji dapat menghargai nilai-nilai peradaban Barat, namun demikian beliau
menganggap nilai-nilai Barat tidak sesuai dengan masyarakat Melayu.
Pujangga ulung ini tetap berdiri teguh dalam lingkungan kebudayaan Melayu dan
dengan keras mempertahankan nilai-nilainya.
4. Tun Seri Lanang
Tun
Seri Lanang adalah penulis dan pengarang Sejarah Melayu. Meskipun pandangan
yang berbeza dari segi kedudukannya sebagai pengumpul, penyusun, penyunting dan
pengarang, tetapi Tun Seri Lanang tetap dipersetujui sebagai orang yang
bertanggujawab dalam merealisasikan kehendak Sulatan Abdullah Maayah Syah ibni
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah, dalam suatu majlis di hadapan pembesar
negeri yang menyatakan kewujudan sebuah Hikayat Melayu di Goa, Sulawesi. Baginda memerintahkan didapatkan kitab tersebut, diperbaiki dan dibaca untuk panduan generasi muda akan datang.
Nama sebenar beliau ialah Tun Muhammad, bergelar Paduka Raja yang memegang jawatan bendahara kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dan Sultan Alauddin Shah III antara tahun 1580 dan 1615. Beliau dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau sebenarnya tidak terkenal dalam bidang mengarang tetapi lebih terserlah sebagai pemimpin pada zamannya. Akan tetapi, beliau meminati dunia kepengarangan menyebabkan beliau menyempurnakan titah raja yang mengkehendakkan beliau menulis mengenai salasilah keturunan diraja pada 1612M, iaitu semasa Raja Abdullah bersemayam di Pasir Raja atau dikenali sebagai Pekan Tua. Beliau telah mendapatkan kitab (Hikayat Melayu) dan menyusun, menambah dan memperbaiki mana-mana yang perlu. Beliau mula mengaranag pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian disambung di Acheh. Hal ini bermakna Sejarah Melayu telah ditulis 103 tahun setelah Melaka ditawan Portugis. Tambahan pula semasa menulis Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang berada di Acheh setelah ibu kota Kesultan Johor Lama ditawan oleh Acheh. Setelah beliau selesai mengarang, beliau sedar bahawa teks tersebut berkaitan dengan keturunan diraja dan diberi nama Sulalatus Salatin yang beerti "Salasilah Segala Raja-Raja"kemudian diterjemahkan oleh golongan moden menjadi Sejarah Melayu.
Sejarah Melayu yang dikarang oleh beliau menampakkan kebijaksanaan beliau dalam mencatatkan pengalaman dan pemerhatian beliau pada zamannya dengan mencatat dan menulis tarikh peristiwa-peristiwa yang beliau khabarkan dalam karya tersebut. Hal inilah yang menyebabkan karya beliau menjadi rujukan zaman berzaman dalam kajian ketamadunan Melayu. Sejarah Melayu tidak hanya memaparkan kisah-kisah raja bahkan melibatkan cerita pembukaan negeri, aktiviti-aktiviti raja, undang-undang bernegeri dan berkerajaan. Dalam karya beliau inilah kita dapat melihat gambaran kehidupan dan budaya masyarakat Melayu feudal. Meskipun karya beliau bercampur dengan unsur mitos dan legenda namun, sejarah Melayu yang dinyatakan beliau lebih kuat. Bahan-bahan penceritaannya menggambarkan budaya orang Melayu terutamanya mengenai watak pemerintah dan bangsa Melayu sendiri.
Pada 1659M, Tun Seri Lanang telah meninggal dunia di Samalanga, Aceh dan
zuriatnya berterusan menjadi pemeritah otonomi di sana manakala sebahagian
zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan menjadi Raja-raja Melayu khususnya
di Pahang, Terengganu dan Johor Moden sehingga ke hari ini. Makam Tun Seri
Lanang telah dipugar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa
dikunjungi oleh peminat dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan
Indonesia.
Rujukan : Penghayatan Karya Agung Melayu (Seri Lanang Jaya Hj Rohani, Abd RahmanNapiah, Hj Mohd Rashid bin Md Aris, 2013 : 34-36)
No comments:
Post a Comment