Pengenalan
Tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani dan dihayati melalui karya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai yang terdiri daripada karyawan, seniman, pemikir, ahli falsafah dan ilmuawan bangsa itu (Hassan Ahmad, 2005). Karya-karya ini dianggap sebagai karya agung. Oleh itu, karya agung dalam konteks dunia Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan zaman, yakni yang kekal sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Nilai yang dimaksudkan adalah nilai seninya, nilai budayanya, nilai ilmu dan pemikiran yang terkandung di dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa, dan nilai bahasanya yang tinggi dan indah – semuanya lahir dalam kesepaduan bentuk, bahasa dan gaya penceritaan yang luar biasa. Maksud ‘luar biasa’ ini dapat kita lihat dan rasakan apabila kita mengkaji cara atau kaedah berfikir dan bercerita yang digunakan, sama ada secara sedar, spontan, atau secara ‘terancang’, bagi menyampaikan sesuatu ilmu, konsep, pandangan hidup, mesej dan lain-lain (Hassan Ahmad, 2005).
Tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani dan dihayati melalui karya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai yang terdiri daripada karyawan, seniman, pemikir, ahli falsafah dan ilmuawan bangsa itu (Hassan Ahmad, 2005). Karya-karya ini dianggap sebagai karya agung. Oleh itu, karya agung dalam konteks dunia Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan zaman, yakni yang kekal sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Nilai yang dimaksudkan adalah nilai seninya, nilai budayanya, nilai ilmu dan pemikiran yang terkandung di dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa, dan nilai bahasanya yang tinggi dan indah – semuanya lahir dalam kesepaduan bentuk, bahasa dan gaya penceritaan yang luar biasa. Maksud ‘luar biasa’ ini dapat kita lihat dan rasakan apabila kita mengkaji cara atau kaedah berfikir dan bercerita yang digunakan, sama ada secara sedar, spontan, atau secara ‘terancang’, bagi menyampaikan sesuatu ilmu, konsep, pandangan hidup, mesej dan lain-lain (Hassan Ahmad, 2005).
Salah satu bukti atau bahan yang boleh
dijadikan rujukan terhadap sesuatu bangsa ialah karyanya. Hal ini demikian
kerana sebuah karya adalah cerminan bangsa yang menjadi latar dalam karya
tersebut pada waktu karya itu dihasilkan. Sebuah karya adalah seperti rakaman
yang mencatatkan perihal masyarakat dan perlakuannya. Karya yang ketika itu
dihasilkan mungkin hanya bertujuan sebagai hiburan atau sebagai hobi untuk
mengisi masa lapang, tidak mustahil akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Hal
ini demikian kerana apabila sesebuah masyarakat itu tidak lagi wujud, hanya
karya yang menjadi tinggalan sebagai bukti kewujudan mereka serta
aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Lazimnya, sesebuah karya
akan merakam kehidupan sesebuah masyarakat walaupun tidak secara khusus tetapi
cukup untuk mengidentitikan masyarakat tersebut. Karya-karya hebat akan
bertahan dalam jangka masa yang lama sehingga boleh diteliti oleh generasi yang
akan datang selepasnya. Karya hebat seperti ini disebut sebagai karya agung.
Karya agung ialah karya klasik yang telah
meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang
berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap
sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya
itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi
dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, China, India,
Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah,
sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala
mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman,
dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya
sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.
Konsep Karya
Agung Melayu
Berdasarkan
konsep karya agung yang dibincangkan terdahulu, maka ‘Karya Agung Melayu’ ialah
karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir
bangsa Melayu dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat,
budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera
dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni,budaya dan falsafah kekal
sepanjang zaman dalm minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang
zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.
Karya agung Melayu bererti karya agung yang
ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan
lain-lain) dalam bahasa Melayu, tanpa mengambil kira kelompok mana bangsa atau
etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung
Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, Aceh, Bugis, Minangkabau, dan selainnya
yang menghasiilkan karya itu. Dengan perkataan lain, sempadan geografi dan
etnik tidak timbul. Yang penting karya berkenaan mampu mencetuskan unsur-unsur
pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa
Melayu turun- temurun dalam bentuk dan gaya yang hebat.
Antara karya-karya agung agung Melayu yang
terkenal ialah Sulalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah
Melayu. Karya agung ini telah dihasilkan oleh seorang tokoh yang berilmu
pada zamannya, iaitu Tun Sri Lanang. Ia merupakan naskah tertua yang pernah
ditemui dan dikarang di Johor pada tahun 1612 atas titah raja. Episod-episod
yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan
raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah
yang melibatkan kerajaan Melayu dan tanah jajahannya. Selain itu, Hikayat
Hang Tuah yang dikarang sekitar tahun 1641 hingga 1736 yang merupakan
satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya,
kebolehannya , dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri
karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari
ini, iaitu ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’. Karya-karya agung yang lain adalah
seperti Tuhfat al-Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Pasai,
Hikayat Raja Aceh, Pantun Melayu : Bingkisan Permata, Syair Ken Tambuhan,
Undang-undang Melaka, Hikayat Abdullah, Cerita Lipur Lara, Bustan al-Katibin,
Cerita Jenaka Melayu, Hikayat Panji Jayeng Kusuma, dan Hikayat
Inderaputera.
Karya
Agung Dunia Melayu
Karya
agung dunia Melayu dimaksudkan kepada karya agung di kawasan Dunia Melayu yang
terdapat dalam bahasa-bahasa serumpun atau bahasa-bahasa Malayo-Polinesia yang
lain. Terdapat banyak karya dalam bahasa-bahasa lain yang diiktiraf dalam
bangsa berkenaan sebagai karya agung. Antaranya ialah Nagarakertagama atau
Serat Chentini yang ditulis dalam bahasa Jawa, atau I la Galigo
yang ditulis dalam bahasa Bugis. Karya-karya yang seperti ini jika sesuai
dengan takrif Yayasan Karyawan, boleh diterima sebagai Karya Agung Dunia Melayu
dan bolehlah dimasukkan ke dalam rancangan Yayasan untuk dikaji, diperkenalkan
dan diterbitkan dalam bahasa Melayu melalui terjemahan.
Rujukan :
3. Buku: Dr. Seri Lanang Jaya bin
Hj Rohani et al (2013). Modul KRB3063: Penghayatan Karya
Agung Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
No comments:
Post a Comment